Thursday, March 6, 2008

Feminisme....



Baru - baru ni ada kawan aku membuatkan runsing sikit mengenai feminisme dalam filem.Aku terus mencari buku atau rujukan pasal feminisme.Aku jumpa tajuk buku itu ialah ‘The Feminine Mystique’ itu jumpa kedai lama kat area petaling street.Apa yang aku dah tahu dan aku rasa Feminisme adalah berkaitan number of social,cultural dan political movements dan ada juga teori dan moral philosophies yang melibatkan sama rata dengan lelaki.
Untuk feminisme dalam filem kita berbalik kepada maksud feminisme itu sendiri dan ia ada 3 wave.Semasa wave kedua wanita sudah mempunyai pelajaran dan pendidikan jadik pada wave kedua ini wanita sudah mula menjinak - jinak dalam filem.
Kesimpulannya filem yang berunsurkan feminisme adalah cerita yang berkaitan tentang penindasan terhadadap kaum hawa.

Filem Melayu akan datang ...


Wah, tahun ni hebat! Hebat kan? Dengan permulaan Kala Malam Bulan Mengambang(2008), aku sangat teruja akan senarai filem yang akan ditayangkan, walaupun ada beberapa yang 'biasa', ia tidak menafikan kemasukan pelbagai filem bagus tahun ini. Walaupun begitu, aku terdengar juga beberapa filem yang 'tersandung di tengah jalan' oleh kerana masalah-masalah kontreversi yang diutarakan. Ya, kita belum plural lagi dan mungkinkah itu sebuah rahmat?.
Aku dengar bahawa Antoo Fighters(2008) adalah sebuah filem yang patut ditunggu-tunggu kerana efek CGInya sangat mencengkamkan. Aku harap, jalan ceritanya juga bagus, walaupun ia mungkin satu tiruan terhadap Ghostbusters(1983).
Aku juga dengar bahawa Cicakman 2(2008) akan ditayangkan tahun ini. Adakah KRU boleh mencapai pecah panggung yang mereka kecapi seperti beberapa tahun lepas? Ya, ini bukan cawan teh aku tetapi aku tetap menunggu ketibaannya.
Susuk(2008) akan sampai juga ke Malaysia tahun ini. Dengar berita, penggambaran ceritanya separuh macam teknik cerekarama maka kerana itu, filem ini bermasalah. Aku tak tahu bagaimana dengan ceritanya tetapi aku mempunyai harapan yang tinggi kerana ini kerja Amir Muhammad. Kalaupun ia 'pastiche', ia kerja Amir Muhammad maka 'pastiche'nya tentu bererti. Aku tak peduli dengan kecerekaramaan cerita (rujuk Dunia Baru The Movie) tetapi psikologi imej yang mengangkat efek seram cerita. Itu yang patut aku tunggu.
Mualaf(2008) dengarnya tidak akan ditayangkan. Betul ke? Aku dengar, sebab posternya tampak Armani memakai seakan seorang rahib (sekali lagi, tuduhan terhadap Kak Min sebagai pluralis dan pencemar budaya)- satu imej rujukan terhadap Audrey Hepburn dalam The Nun's Story (Kak Min sendiri mengaku, Armani ialah Hepburnnya) serta rujukan filem ini terhadap Black Narcissus. Mungkin kesalahan Kak Min bagi para moralis tempatan ialah filem kristian tidak boleh dijadikan rujukan buat filem 'agama' tempatan (tidak, mereka tidak akan faham uniti simbolisme dalam 'sarwajagat ketiga' mata penonton, dan ya, Black Narcissus bukan sebenar-benarnya filem dakwah), walaupun tudung Audrey pakai memang cantik. Kalau The Messenger atau Lion of the Dessert, mungkin boleh. Aku dah tonton Mualaf. Bagi aku, filem ini sebuah filem biru buat pencinta agama (a blue film for religionist). Tak, ini bukan filem lucah! Filem ini menaikkan 'nafsu riak' bagi mana-mana cendiakawan agama yang ingin melihat proses pergolakan, pelarian, dan transformasi atas nama 'agama'. Dan, ya, ia terbuka kepada satu pendebatan. Ada satu rasional yang anda kena faham bila menonton filem ini, iaitu latar keluarga adik-beradik Syarifah itu dan dinamisme yang terbentuk kerananya (rujuk: mereka tidak ada ibu yang mengajar mereka agama dan mereka belajar sendiri agama Islam selepas kematian ibu mereka). Jika anda sudah melangkau pemasalahan ini, filem ini tidak punya masalah buat anda dari segi kefahaman Islam (anda akan sedar kenapa idea-idea yang diutarakan sedikit 'meracau' dan sedikit provokasi dan sudah menitik ke 'dakwah' tetapi tetap memberi masa untuk kita 'membalas'). Aku tak suka lakonan Brian Yap (Saharil suka gila). Papan sangat. Hanya adik-beradik Syarifah itu saja yang benar-benar mengangkat filem ini. Dan ada sebuah adegan yang aku benci betul (watak pengetua paderi dan tok imam, aku sangat-sangat tak suka, macam pelekat stiker je), satu babak yang sangat 'main-main' selepas ayah adik-beradik Syarifah itu datang mencari di sekolah. Tetapi filem ini juga filem yang bersejarah. Terdapat satu babak yang aku takkan lupa sampai bila-bila, ia perlahan, lembut tetapi keras dalam imej ketelanjangannya. Dan aku tidak berutus dalam kiasan.
Congkak(2008) masuk tahun ni dan aku diberitahu Congkak lebih menakutkan dari Jangan Pandang Berlakang(2007). Aku berharap, moga-moga begitu.
Dukun juga dikatakan tidak akan ditayangkan tahun ini. Rata-rata yang sudah menontonnya mengatakan ia sangat-sangat baik. Aku juga berkata begitu walaupun aku belum tonton. Geram betul aku kerana hanya beberapa pihak yang 'tak setuju' filem itu ditayangkan, filem itu ditahan sampai sekarang, bukan atas nama seni, tetapi kuasa orang? Tanah Melayu ialah negara yang sangat berbudi-bahasa.
Histeria(2008) juga dikatakan sangat bagus. Aku berharap-harap sangat filem ini tidak akan diganggu satu adegan pun supaya kita dapat lihat visi sebenar James Lee. Jangan seperti Fantasia (nama pun fantasi!) sudah! Kalau ya, harap-harap para produser simpan babak-babak kontreversi supaya boleh ditayangkan di dunia luar sebagai 'the true version' atau 'the version you havent seen'. Atau, kita tunggu 10 tahun terkemudian bila Histeria menjadi sebuah lagi filem 'Holy Grail' yang perlu dicari dan dicantum-cantumkan supaya melihat kebenaran masterpiecenya.

haa....siapa nak join.....meh baca.....


Sudah, selesai, malam/pagi yang gilang gemilang itu. Buat aku, Academy Award ke-80 antara yang terbaik dari segi pemilihan pemenang. Dan untuk No Country For Old Men memenangi filem terbaik, sudah tiba masanya filem-filem besar yang tak mungkin mengikut penggayaan 'safe zone' Hollywood (dahulu seperti 2001, The Conversation, The Graduate, Chinatown, Blue Velvet, Raging Bull, Taxi Driver, Dog Day Afternoon, Apocolypse Now, dll.) mempunyai peluang yang lebih besar untuk memenangi filem terbaik. Di dalam sejarah Academy Awards, sangat jarang untuk kita ketemu filem yang mempunyai suara akhir yang fatalis dan pesimis. Hanya beberapa seperti The French Connection, Platoon dan Midnight Cowboy yang diberi peluang. Itu pun pendirian humanis dan protoganisnya masih mempunyai 'upper hand' terhadap alam hitam yang ditentang. Adakah filem segelap Donnie Darko juga mungkin akan diberi peluang memenangi filem terbaik Academy Awards nanti? Atonement(2007) Antara kesemua filem (kecuali There Will Be Blood) yang aku sudah tonton untuk filem terbaik Oskar, aku terpaksa mengaku, filem ini bolehlar menjadi filem kegemaran aku. Atonement sebenarnya sebuah filem senang, dan kadang kala mengambil masa pada awal 30 minitnya. Filemnya bercerita tentang seorang budak perempuan bernama Briony Tallis yang 'cemburu', dan kerana kecemburuannya, mengakibatkan dosa yang paling halus dalam sejarah manusia tetapi setua dunia: memisahkan dua insan yang hangat bercinta. Kuasa Atonement dibuka dengan runut bunyi yang mengasyikkan. Campuran ketukan mesin taip dan lagu membawa emosi filem terhadap hati Briony (detik hentakan mesin taip ialah degupan jantung, juga degupan rancangan dalam kepala Briony)- tidak pernah satu inovasi sebegini mempamerkan isi hati kebenaran sebuah watak dengan sekreatif ini. Tempo mesin taip ini juga menggerakkan penonton (kita sedar akan gerakannya berupa hentakan tarian Amerika Selatan, maka kita sedar semangat romantisnya, dan juga semangat terujanya untuk bergerak dan bergerak 'mencari'). Filem ini juga mempunyai gaya POV Rashomon dan paling dekat, The English Patient (ya, antara filem kegemaran aku) terhadap tiga watak, Briony, kakaknya Ceccilia (lakonan memberangsangkan Keira Knightly) dan Robbie Turner (lakonan simpatik dan penuh perasaan James McAvoy). Jika dalam The English Pateint, filem membawa POV watak masing-masing secara mengimbau masa lalu. Di dalam filem ini, ia berlaku sewaktu peristiwa itu berjalan. Tetapi kita sedar, pada akhir filem ini, peristiwa-peristiwa itu juga sebenarnya rakaman Briony di dalam bukunya. Di sini, dan kerana babak ini, filem ini membentuk satu cabaran terhadap penonton. Adakah yang selama ini kita tonton itu 'benar' atau sebenarnya hanya mainan kepala Briony untuk melariskan novelnya? Benarkah kesemua yang kita sudah tonton itu benar-benar berlaku? Dan adakah kerana permainan kelainan POV ini, sekurang-kurangnya Briony 'tidak prejudis' lalu mengkotakan dirinya untuk "menceritakan yang sebenar-benarnya" kerana mengangkat suara kakaknya serta kekasihnya ke dalam 'cerita'nya lalu memberi peluang kepada pembaca/penonton menghukumnya? Sisi kebenaran ini yang sangat memikat, membawa persoalan, apakah seni dan kebenaran itu satu tujuan mereka-reka produk ilusi buat penulis untuk menangkap kebenaran manusiawi? Tempo, lukisan dan lakonan. Semuanya berkesan dalam filem ini. Sebuah filem yang perlu dirayakan buat pasangan kekasih. Dirayakan untuk mengenal kepentingan hidup dan pilihan. Sebuah filem bukan untuk aku.

Tuesday, January 29, 2008

lalang - lalang dihujung kaki

Judul: LALANG-LALANG DI HUJUNG KAKI
Pengarah: DR ANUAR NOR ARAI
Ulasan oleh: Rudzain Zabaruddin
Setelah filem pertamanya Johnny Bikin Filem tertangguh sekian lama, Dr. Anuar Nor Arai semacam menjawab semua kritikan terhadap kegagalan filem itu tampil di tengah masyarakat menerusi telefilem Lalang-Lalang Di Hujung Kaki.
Daripada judul yang cukup puitis, Lalang-Lalang Di Hujung Kaki dibuat dalam konsep filem sekalipun bagi tayangan di TV. Persoalan dan pembikinan telefilem ini sesuai sebagai sebuah filem cereka di pawagam.
Dr. Anuar yang sebelum ini banyak menghasilkan skrip antaranya Din Dan Miyoto arahan U-Wei Haji Saari dan Bukit Lalang arahan Mior Hashim Manap menampilkan permainan pengcahayaan, fotografi dan pengarahan seni yang menarik.
Telefilem terbitan Antah UTV ini dianggap sebuah puisi yang merangkai kata-kata indah untuk bercerita sesuatu yang pedih. Setia berbaur curang dan kasih bertaup benci dilakarkan dengan persembahan sinematik.
Dengan menggunakan konsep back light untuk adegan malam, Lalang-Lalang Di Hujung Kaki adalah sebuah persoalan seksual sepasang suami isteri berlatarkan period dekad 50-an. Kelihatan menerusi telefilem ini, Pengarah Fotografi (DOP), Ali Hamid mengemukakan tatacahaya yang cukup artistik, bermakna dan anti biru.
Ini kerana antara sindrom drama dan filem tempatan ialah tatacahaya yang terbiar, sambil lewa dan seboleh-boleh setiap frem mesti kelihatan terang benderang. Lalu cara mudah menggunakan filter biru dan asap bagi menyembunyikan latar belakang pada waktu malam.
Tetapi konsep tatacahaya Lalang-Lalang Di Hujung Kaki menongkah kaedah ini. Teknik light and shadow dalam telefilem ini adalah bahasa emosi yang membantu pelakon mengekspresi gejolak di jiwa mereka.
Bahasa gambar, susun letak prop, nilai estetik yang menepati zaman serta muzik tradisional Negeri Sembilan adalah naratif yang menyampaikan keluh kesah Budin (Yahya Hamid) dan isterinya Posah (Rashidah Jaafar).
Muzik tradisional dengan tempo yang cukup relevan emosi dengan telefilem ini menjadi sebahagian daripada naratif untuk menceritakan perihal Budin dan Posah serta Mak Haji Tasbuh yang dikatakan gila.
Pergolakan dalaman diekspresi menerusi gerak lakon, mise en scene dan stail sinematografi yang menyusuri konflik seksual dipersembahkan dengan berseni. Lalu tidak hairanlah kalau Lalang-Lalang Di Hujung Kaki dihidupkan oleh shot-shot puitis dan indah.
Latar zaman di bawah cengkaman komunis, ketegangan dan kecurigaan antara satu dengan lain dilihat sebagai manifestasi pergolakan Budin dan Posah.
Ditambah dengan kecurangan Posah semacam memberi garisan warna yang abstrak pada telefilem ini.
Bagaimanapun konsep tatacahaya yang cukup terkawal, sumber cahaya yang tidak meragukan dan warna keperangan dalam banyak adegan malam adalah kelangsungan konsep dalam Johnny Bikin Filem.
Johnny Bikin Filem dianggap sebagai film noir pertama negara ini banyak bergantung kepada kemampuan Dr. Anuar bermain cahaya dan bayang. Dalam Lalang-Lalang Di Hujung Kaki kelihatan ada pada Johnny Bikin Filem.
Sama seperti Johnny Bikin Filem, Lalang-Lalang Di Hujung Kaki agak sunyi daripada dialog. Banyak adegan berlaku dengan sepi, ekspresi watak, cahaya dan kerja kamera memberi sekian banyak kata-kata.
Tentunya Lalang-Lalang Di Hujung Kaki bukanlah untuk tontonan sambil mengunyah kauci di ruang tamu. Lalang-Lalang Di Hujung Kaki adalah keheningan dalam gejolak untuk dirasai bersama.
Dua pelakon utama memberikan lakonan memuaskan; Rashidah sebelum ini jarang diyakini untuk watak seberat itu dan Yahya yang kurang dikenali adalah tonggak telefilem ini. Ini antara lakonan terbaik Rashidah.
Penampilannya di depan kamera penuh dengan persiapan. Emosi Posah yang dihantar dengan mata galak tapi sayu itu memberikan tenaga kepada lakonannya.
Kemunculan Yahya membuka laluan baru untuk watak-watak yang lebih mencabar. Tanpa bertenggek pada dialog berjela-jela, Yahya berupaya menyampaikan lakonannya.
Sumber: Utusan Online (19 Disember 1998)

Filem SATANTANGO


Secara ringkasnya filem ini diadaptasi dari novel ‘ SATANTANGO ‘ juga.Laszlo Krasnahorkai adalah penulisnya.Filem ini adalah format 35mm,b/w,450 min dan bahasanya adalah Hungary dengan subtitles English.Semalam iaitu 28 Januari,kelas Dr Anuar Nor Arai untuk pelajar Degree Filem diadakan presentation untuk filem ini.Ia dibahagikan 3 bahagian iaitu The Story,Directing Style dan Cinematography.Untuk saya sebaga pelajar Diploma ‘ separuh jalan ’ saya tertarik untuk memasuki kelas itu untuk melihat dan belajar di kelas itu.Namun bagi saya memang bebaloi melihat pelajar degree membuat presentation mereka.Ia amat menarik sekali.Tetapi sayangnya jika mereka sudah belajar tentang asas filem tentu ia akan lebih menarik lagi.Untuk bahagian cinematography, mereka hanya menceritakan tentang aspek teknikal sahaja.Mereka kurang melihat atau mengkaji apa dan kenapa shot itu dibuat dan apa mood yang kita dapat dari shot itu.Hanya yang mereka dapat rasakan pengarah cuba sampaikan details dalam satu shot sahaja.Walau macamanapun hari - hari makin hari mereka mungkin akan lebih bagus jika lebihkan mengkaji tentang sejarah dan ilmu-ilmu lain untuk mentafsir cerita dalam filem.Ini kerana kalau kita kurang ilmu dan tidak mencarinya susah untuk memahami dan mentafsir filem.

Monday, January 28, 2008

'Satu' PEtA Zulman


Peta Zul sudah bermula 27 Januari 2008.Kesemua lokasinya adalah sekitar Gombak sahaja.Yang menarik perhatian saya krew teknikal tidaklah ramai mana termasuklah saya sekali tetapi mampu untuk mengikut Shooting schedule dan kesemuanya on time.Cerita yang dipilih untuk Zul adalah ringkas dan senang untuk sesiapa sahaja merasai kesedihan dan sayangnya dan suci cinta ibu kepada anaknya.Mereka adalah keluarga yang sederhana.Anaknya ingin menyuruh ibu membeli barang mainan, namun ibunya tidak berkemampuan.Anaknya merajuk seperti kanak-kanak biasa yang tidak dapat apa yang diingini.Satu hari semasa Yusof iaitu anaknya berjalan pulang dari sekolah dia melihat satu kemalangan yang Yusof rasakan ibunya mangsa kemalangan,dia terus berlari pulang kerumah......( Selebihnya cerita tersebut kena lihat sendiri lar...)

Jarum Halus


Naratif asalnya ialah Othello - di antara karya agung William Shakespeare. Jarum Halus adalah adaptasinya ke bentuk filem yang berwajahkan Malaysia. Ia satu hasil usaha yang sewajarnya diberikan kredit dan dihormati oleh Mark Tan yang baru berusia 22 tahun! Namun begitu Jarum Halus agak mengecewakan bagi seorang penonton mainstream seperti saya.

Awalnya sebelum menonton, saya mengharapkan untuk ia sebuah filem adaptasi sekemas dan sesegar filem 'O' (2001) arahan Tim Blake Nelson yang juga adaptasi Othello dari Hollywood. Saya teruja untuk melihatnya kerana ia filem ke-2 Malaysia yang berani mati untuk mengadaptasikan karya Shakespeare ke bentuk filem selepas filem Istana Berdarah (1964) arahan Hussein Haniff adaptasi dari Macbeth. Tapi setelah habis tayangan, saya keliru dengan maksud adaptasi Jarum Halus yang seakan sekerat jalan?

Babak bukaan filem ini yang menggunakan komunikasi moden masakini iaitu online chatting di antara 2 orang sahabat iaitu Iskandar (Iago) dan Rahim (Roderigo) dengan Baharudin (Brabanzio) untuk memecahkan rahsia Daniel Oh (Othello) yang kahwin lari dengan Mona (Desdemona) iaitu anak Baharudin. Ia satu idea kreatif yang saya jangkakan seakan janji bahawa filem ini akan berkembang sebagai sebuah penceritaan yang dipermudah dan biasa ditonton oleh orang kebanyakan. Babak-babak seterusnya mengintroduksikan watak Datuk Kalel (Montano) dan Michael (Cassio) dalam sebuah mesyuarat syarikat Ecotech. Watak Emilia (Emilia) iaitu isteri Iago pula diperkenalkan di sebuah kedai mamak. Ya! Watak-watak asal Othello 'diadaptasikan' sepenuhnya kepada watak-watak moden di Kuala Lumpur. Perpindahan acuan perwatakan itu semuanya seakan sudah ditekapkan dengan molek! Asasnya sudah berjaya. Cakap Melayu penuh oleh Daniel setiap kali bertutur dengan Datuk Kalel juga unik. Kemodenan cara hidup elit filem ini berjaya menggambarkan urbanisasi latarnya dari kostum dan rekaan set di kota metropolitan. Filem ini sejujurnya sudah cuba yang terbaik dan terkini.

Namun begitu, apabila plot Jarum Halus bergerak ke tengah cerita, filem ini seakan kehilangan identiti. Ia mahu jadi Othello yang asal atau adaptasi Jarum Halus versi Malaysia? Di sinilah saya mula kekeliruan samada filem ini hendak dimodenkan atau syok sendiri tenggelam dalam karya asal Shakespeare? Pertuturan dialog-dialog yang 90% dalam Bahasa Inggeris menambahkan kekalutan identiti Jarum Halus. Ia mahu jadi ketimuran tapi tenggelam-timbul dalam kebaratan. Paling mengejutkan saya, apabila ada dialog dari Daniel kepada 'bapa mertuanya' dengan memanggilnya 'Baharudin'? Perkahwinan campuran bangsa di antara Daniel dan Mona juga agak kabur samada ia sekadar untuk memenuhi rangka asal Othello atau benar-benar dikahwinkan? Maksud saya, perkahwinan di antara 2 bangsa terutamanya melibatkan orang Melayu-Cina memang sukar dan kadangkala jadi sensitif kerana ia melibatkan penukaran agama. Ya! Saya akui keikhlasan cinta Daniel mengahwini Mona memang ketara dipaparkan tetapi perkahwinan berlainan bangsa mereka seakan lapisan kulit sahaja tanpa mahu sekejap pun menyelami isinya betul-betul. Kadang-kadang cinta Daniel-Mona seakan mahu mendahului filem Sepet yang berjaya mengupas konflik percintaan Orked-Jason. Maklumlah kalau dalam Sepet, Orked-Jason tak sampai hajat untuk berkahwin tapi Daniel-Mona sudah diijabkabulkan! Maka saya mahu melihat sedikit-sebanyak isu kahwin-campur itu diceritakan. Tapi mungkin kerana terlalu terikat dengan kehendak acuan Shakespearian, filem ini hendak betul-betul mengikut plot asalnya 100%. Ada masanya filem ini juga seolah-olah mahu jadi Romeo+Juliet (1996) arahan Baz Luhrmann yang sejujurnya menggunakan dialog asal Shakespeare tetapi dalam setting dunia moden. Jarum Halus juga cuba dengan penggunaan pistol dan dialog-dialog asal Othello di beberapa babak. Lalu filem ini berkembang sehingga ke akhir menjadi kelam-kabut tujuan adaptasinya apatah lagi apabila visualnya bertukar menjadi MTV dengan dialog-dialog puitis dari narration yang berulang-ulang dan meleret-leret.

Friday, January 25, 2008

flower in the pocket


Filem ini memilih 5-6 hari dari kisah rutin kehidupan seharian Ma Li Ahn (@Azman), Ma Li Ohm (@Azmi) dan bapanya Ah Sui. Itu sahaja! Siang.. malam.. siang.. dan malam berulang-ulang. Seronoknya ialah apabila dalam durasi masa itu mereka melalui perihal-perihal baru hari demi hari. Di bahagian awal naratif filem ini ia terpecah kepada 2 cerita parallel storytelling: kisah 2 beradik dan bapa mereka. Masing-masing bergerak ke depan pada waktu yang sama dimana hanya berselisih di rumah mereka sahaja di waktu malam. Itu pun tiada komunikasi lisan!

cerita 1 - Ma Li Ohm & Ma Li Ahn

Sangat-sangat kiut! Cerita mereka mengajar erti kasih-sayang adik-beradik yang menginsafkan. Ia adalah refleksi hubungan yang jujur tidak kira apa jua rintangan. Mungkin kisahnya agak terlebih-lebih macam dongeng kerana hidupnya kanak-kanak ini seperti hanya ada 5-6 hari sahaja? Maksud saya, ulangan rutin mereka selama durasi filem ini menjengkelkan saya bila difikirkan semula. Setiap putaran hari bersekolah mereka ada benda baru yang akan memuncakkan satu klimak di penghujung hari terakhir filem ini. Seperti dongeng bukan? Tetapi kerana ini adalah dunia dalam sebuah filem, maka rentetan setiap insiden yang mereka lalui diterima-pakai untuk membulatkan sebuah penceritaan. Kisah dua beradik ini adalah kebusukan dari pelarian tanggungjawab penuh bapanya Ah Sui sebab itulah mereka suka bermain di tepi longkang dan kolam kumbahan. Mereka adalah mangsa. Mereka bukan sampah yang sukarela. Hadirnya Ayu/Atan adalah simpati dan harapan. Saya melihat secara ringkasnya naratif 2 beradik ini sebagai amaran kepada kekhayalan setiap orang yang bergelar penjaga.

cerita 2 - Ah Sui

Loser? Mungkin itu ringkasan hidup Ah Sui. Ia adalah cerita tentang kehilangan soul dan passion seorang lelaki duda. Manakala Mamat pula ialah kemeriahan rumahtangga yang sebenar walaupun ada ketikanya Mamat sendiri membebel pasal hal-hal kewangan keluarga barunya. Ah Sui sentiasa mengelak soal seksualiti sedangkan kontradiksi kelilingnya ialah patung-patung wanita bogel. Mungkin itu zahir yang saya nampak tetapi saya dapat rasakan bahawa Ah Sui sebenarnya memberhentikan pencarian cinta atau seks pengganti kerana terlalu kasihkan isterinya yang sudah mati sehingga sanggup menelan keratan gambar? Itulah kulit Ah Sui yang dilihat orang setiap hari. Tiada siapa yang tahu apa isi sebenar dalam hatinya. Inilah peringatan dari filem ini kerana sikap ketunggulan emosi dan diri Ah Sui perlu dibayar oleh anak-anaknya yang terbiar setiap hari. Kasihan!

cerita 1 + cerita 2

Yang paling saya suka ialah titik sentuh kedua-dua cerita iaitu pasal 'makanan' - anak sediakan bubur nasi+telur, bapa buang kerana basi, manakala bapa belikan nasi bungkus, anak buang juga kerana basi! Lagi satu ialah 'selimut' - selagi anak-anak tidak pergi ke sekolah, bapa kesejukan tanpa selimut! Air yang semakin kosong dan kosong dalam cerek di dapur adalah set-up yang akan mengakibatkan tragedi di akhir-akhir cerita sebagai pay-off yang juga penyambung terus kedua-dua cerita. Eh! Sekejap erk! Actually cerita diaorang bertembung di sekolah bila Ah Sui dipanggil mengadap guru besar kerana kes disiplin Li Ahn dan Li Ohm. Sorry! Bermula dari titik ini, saya mula fahami bahawa keluarga ini pernah bahagia dan tidak mustahil mereka akan terus bahagia dengan syarat semuanya bergerak serentak bukannya berasingan. Maksud saya, Ah Sui mesti kembali sebagai bapa. Kalau perlu, dia juga wajib mencarikan ibu pengganti merangkap isteri barunya. Kadangkala kita sangkakan bahawa kita mampu sebenarnya kita kaku dan beku!

cerita-cerita lain

Asasnya filem ini hendak bercerita tentang keterbengkalaian sebuah keluarga apabila hilangnya salah satu tiang rumahtangga iaitu isteri/ibu. Ia adalah cermin akibat bagi institusi kekeluargaan yang runtuh kerana perceraian atau kematian. Inilah hasilnya wahai penonton! Anak-anak terbiar. Maskuliniti kaum lelaki/bekas suami jadi kacau-bilau! Namun begitu, dari subplot ibu tunggal/ibu Ayu membuktikan juga kadangkala kaum hawa masih mampu meneruskan hidup menyara ibu sendiri (cameo Mak Inom) dan anaknya Ayu (@Atan). Oh ya! Watak Ayu/Atan mengingatkan saya kepada watak Orked dalam Mukhsin (fyi Amira Nasuha ialah 'budak mulut jahat' dalam Mukhsin!). Ketunggalan ibu Ayu dan ke-tomboy-an Ayu/Atan seolah-olah subtext yang mereka adalah lelaki-lelaki sdn. bhd. lengkap dengan potongan gaya rambut yang pendek. Lihat juga subplot cikgu yang memarahai Li Ahn dimana anaknya berpenyakit down-syndrome seakan menempelak sifat hipokrasi masyarakat.

Filem ini juga cuba 'berbaik sangka' sesama kaum. Contoh muhibbahnya Ayu/Atan dengan 'Azman' dan 'Azmi' rekaannya seakan harapan bangsa Malaysia yang tiada prasangka sedari kecil lagi. Dunia kanak-kanak memang bersih kerana mereka hanya mengenal rupa dan nama bukannya bangsa dan darjat. Comelnya filem ini bila Li Ahn menerangkan apakah bezanya 'tudung' dan 'songkok' kepada Li Ohm. Moleknya juga bila Ayu/Atan sanggup merenangi kumbahan hanya untuk 'memancing' perkenalan dengan Li Ahn dan Li Ohm dengan berumpankan seekor ikan! Si anjing bernama Happy adalah pengikat hubungan kawan mereka walaupun Ayu/Atan terpaksa bertopi keledar dan bersarung tangan! Ia membuktikan keikhlasan dan kejujuran sebuah persahabatan. Hendak seribu daya! Ia memberikan petanda bahawa komunikasi 2 dunia yang berbeza boleh berlaku dalam zon selamat. Wah! Sekarang saya dah macam buat ceramah kat kem Latihan Khidmat Negara budak-budak lepasan SPM pulak! Huhu!

rumusan

Filem ini mahu berkata: "regardless of what happens.. the show must go on!"
disediakan oleh rudzain

Perintis ijazah seni persembahan




KUALA LUMPUR: Seramai 74 pelajar yang men-daftar dalam program Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), semalam menempa sejarah sebagai perintis program pengajian yang berupaya menaikkan taraf sent persembahan negara. Pelajar Ijazah Sarjana Filem dan Video, Sathianathan Sambasivam, 31, ketika di-temui berkata walaupun sudah memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya (UM), dia sanggup menyambung pengajian sepenuh masa tiga tahun di Aswara kerana minat.

"Selepas mengambil keputusan bekerja dengan syarikat produksi, Lawam Digital Creations Sdn Bhd, tahun lalu atas dasar minat, saya menyedari betapa perlunya saya menyambung pengajian kerana banyak perlu dipelajari mengenai bidang itu. "Saya nekad dan lebih bersemangat apabila pengarah terkenal, Uwei Shaari turut memberi dorongan ketika saya mengikuti kursus pengarahan filem, tahun lalu," katanya yang bekerja sebagai jurutera reka bentuk selama empat tahun selepas menamatkan pengajian di UM.

Pelajar jurusan muzik yang juga Juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2007, Sabihah Abdul Wahid, 23, berkata dia bercita-cita menjadi pensyarah muzik dan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Sabihah sangat meminati irama ghazal dan mahu menubuhkan institut muzik tradisional pada masa akan datang. "Saya memilih Aswara kerana sudah biasa dengan suasana pengajiannya yang mempunyai tenaga pengajar dan kemudahan baik," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Hari Pendaftaran Pelajar Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sesi Akademik 2008 di Aswara

Wednesday, June 6, 2007

Apoclypto..


Sebuah filem lagi yang tidak dilayan oleh AMPAS. Babak cantik-seram sewaktu Leopard Paw sampai ke perkarangan tempat penyembelihan orang Maya adalah antara 'highlight' yang tidak patut dijauhi oleh penonton.

Gaya filem ini juga membawa gaya perjalanan (tapi dalam ini, dengan kaki) di mana watak dibawa ke suatu tempat dan pengolahan dan perkembangan watak serta emosi penonton terhadap setiap imej berlaku.

Filem ini juga mempunyai idea bahawa segala takdir-nasib manusia sebenarnya terikat dan bersatu dalam satu kitaran, maka sejarah manusia sebenarnya sama dan berkitar dengan sebab-akibat yang sama. Maka filem ini juga memaparkan kebobrokan sesebuah sistem yang menindas (ingat Amerka sekali lagi? Ini ialah mesej subtle Gibson terhadap kejahatan Amerika sekarang) manusia lain, yang akan menyebabkan sistem itu jatuh.

Setiap mis-en-scene dalam filem ini sangat cantik. Pedulilah kalau korang susah sedikit kerana melihat watak-watak berupa Melayu bercawat bercakap bukan dalam bahasa Inggeris, kerana Gibson berjaya membawa universal imej emosi wayang dalam filem ini dengan setiap langkah wataknya dan setiap mimik muka, membawa imej filem (ia bukan kebenaran, ia fantasi yang dicipta, seperti Gladiator atau 300) yang mengharukan serta menggerakkan penonton.

Satu eksprimen baik Gibson dalam menyambung dakwahnya tentang mencari manusiawi dalam keganasan manusia.

hikayat shooting...

Friday, June 1, 2007



setelah penat senior menghabiskan projek akhir tahun masing - masing yang dibantu oleh junior.Kini setelah siap,tayangan akan dijalankan di Akademi Seni Budaya dan Warisan ( 15 jun - 19 jun) untuk keterangan lanjut sila layari website http://www.aswara.edu.my/

Thursday, May 31, 2007

" Cinema is truth 24 frames per second "

IPOH mali.....


dah lama x balik ipoh...last sekali balik bulan 12 tahun lepas.tapi takpa lar takda pengorbanan mana nak datang kejayaan.aku rindu kat kawan - kawan aku lar..........

Filem Cinta


Filem Malaysia konvensional sudah berjalan sangat-sangat jauh untuk tiba ke sini, dan apabila ia tiba, ia tiba dengan satu dendam dan nikmat yang sungguh memikat. Aku selalunya tidak suka pada filem romantik, lebih-lebih lagi dalam idealisme asyik-mahsyuk dan 'fairy tale' seperti yang kita lihat dalam My Heart. "Cinta", adalah sebuah filem romantik, tetapi ada sesuatu dalam Cinta yang tidak dapat aku tulis sahaja untuk menjustifikasikan ekspresinya. Mungkin satu perkataan sahaja- ajaib. Ya, inilah filem 'cinta' yang kita tunggu-tunggu, malah aku berani berkata, inilah jawapan kita kepada filem-filem romantik Indonesia yang selalu saja mendarat ke bumi kita. Mungkin ajaibnya filem ini adalah, sakti yang selalu turun kepada Cinderella, Snow white dan Sleeping Beauty dalam mereka memenuhi cinta adalah benda-benda ajaib dan di luar kesanggupan manusiawi- dan inilah kehebatan Cinta, di mana idea 'sakti' ini diubah dengan penyanggupan di luar kemampuan Majnun atau Romeo itu dicurahkan kepada si Layla atau Julietnya (sikap yang serupa diambil oleh Amelie'), melangsungkan efek-efek manusiawi yang tinggi dan mungkin tidak sanggup dibuat dek orang biasa, hanya kerana cinta. Dan dalam segala sakti itu, ada satu kepentingan yang berjaya diangkat dan disulam cantik oleh pengarah mudanya, Kabir Bhatia, dia tidak lupa akan manusia-manusianya (Kalau diteliti betul-betul, hanya manusia-manusia yang punya jiwa, kemanusiaan dan 'cinta' terhadap semanusia sendiri dipaparkan dengan sepenuhnya dalam filem ini. watak-watak yang tidak akan melangsungkan ikatan atau pertalian manusia dengan watak, akan di'pudar'kan. Dan dengan genius, dengan sengaja, pengarahnya mengambil seorang pelakon bodoh untuk melakonkan watak si Khalif yang tidak menggambarkan cinta, hanya untuk memperkuatkan idea ini- nota fadz: secara seloroh, kalau kamu tak berhati-perut, kamulah pelakon yang bodoh dalam dunia ni). Cinta adalah sebuah filem romantik komedi 'himpunan para pelakon' yang sama tradisinya dengan Love Actually dan drama Crash di mana himpunan pelakon ini akan secara sengaja atau tidak, akan berkait, berjumpa dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Idea ini bernas, memaparkan dalam dunia penuh besar (KL), ia masih sebesar kampung sahaja dan saling jumpa-menjumpa seperti 6 Degrees of Seperation, idea yang biasa berlaku dalam mana-mana filem soap opera. Dan dalam Cinta, Kabir Bhatia harus diberi tepukan gemuruh kerana berjaya menghimpunkan para pelakon yang sempurna.

filem ( da.... )



bukan senang dan bukan susah...untuk menghasilkan sebuah shortfilm.

How do we look ?



berikan ku sedikit waktu untuk mengenali isihati ku sendiri.aku memegang satu kata hati ku iaitu.aku hendak menjadi satu yang isinya ada banyak dan bukannya satu sahaja.Tujuan aku hidup di dunia hanya untuk mencerita kisah hidup dalam bentuk filem.Dan menghabiskan hidup aku dengan orang yang kucinta.