Friday, January 25, 2008

Perintis ijazah seni persembahan




KUALA LUMPUR: Seramai 74 pelajar yang men-daftar dalam program Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), semalam menempa sejarah sebagai perintis program pengajian yang berupaya menaikkan taraf sent persembahan negara. Pelajar Ijazah Sarjana Filem dan Video, Sathianathan Sambasivam, 31, ketika di-temui berkata walaupun sudah memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya (UM), dia sanggup menyambung pengajian sepenuh masa tiga tahun di Aswara kerana minat.

"Selepas mengambil keputusan bekerja dengan syarikat produksi, Lawam Digital Creations Sdn Bhd, tahun lalu atas dasar minat, saya menyedari betapa perlunya saya menyambung pengajian kerana banyak perlu dipelajari mengenai bidang itu. "Saya nekad dan lebih bersemangat apabila pengarah terkenal, Uwei Shaari turut memberi dorongan ketika saya mengikuti kursus pengarahan filem, tahun lalu," katanya yang bekerja sebagai jurutera reka bentuk selama empat tahun selepas menamatkan pengajian di UM.

Pelajar jurusan muzik yang juga Juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2007, Sabihah Abdul Wahid, 23, berkata dia bercita-cita menjadi pensyarah muzik dan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Sabihah sangat meminati irama ghazal dan mahu menubuhkan institut muzik tradisional pada masa akan datang. "Saya memilih Aswara kerana sudah biasa dengan suasana pengajiannya yang mempunyai tenaga pengajar dan kemudahan baik," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Hari Pendaftaran Pelajar Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sesi Akademik 2008 di Aswara

No comments: