
Sebuah filem lagi yang tidak dilayan oleh AMPAS. Babak cantik-seram sewaktu Leopard Paw sampai ke perkarangan tempat penyembelihan orang Maya adalah antara 'highlight' yang tidak patut dijauhi oleh penonton.
Gaya filem ini juga membawa gaya perjalanan (tapi dalam ini, dengan kaki) di mana watak dibawa ke suatu tempat dan pengolahan dan perkembangan watak serta emosi penonton terhadap setiap imej berlaku.
Filem ini juga mempunyai idea bahawa segala takdir-nasib manusia sebenarnya terikat dan bersatu dalam satu kitaran, maka sejarah manusia sebenarnya sama dan berkitar dengan sebab-akibat yang sama. Maka filem ini juga memaparkan kebobrokan sesebuah sistem yang menindas (ingat Amerka sekali lagi? Ini ialah mesej subtle Gibson terhadap kejahatan Amerika sekarang) manusia lain, yang akan menyebabkan sistem itu jatuh.
Setiap mis-en-scene dalam filem ini sangat cantik. Pedulilah kalau korang susah sedikit kerana melihat watak-watak berupa Melayu bercawat bercakap bukan dalam bahasa Inggeris, kerana Gibson berjaya membawa universal imej emosi wayang dalam filem ini dengan setiap langkah wataknya dan setiap mimik muka, membawa imej filem (ia bukan kebenaran, ia fantasi yang dicipta, seperti Gladiator atau 300) yang mengharukan serta menggerakkan penonton.
Satu eksprimen baik Gibson dalam menyambung dakwahnya tentang mencari manusiawi dalam keganasan manusia.








